Junior Doctor merupakan sebuah program
tahunan anjuran MedSoc dengan kerjasama Pusat
Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM). Program berbentuk motivasi ini pertama kali diadakan pada Mac 2013 dan bertujuan untuk memberi pendedahan yang eksklusif kepada para peserta tentang kehidupan sebagai seorang pelajar kursus Ijazah Doktor Perubatan di USM. Program kali ketiga ini dibuka kepada para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping dan anak-anak ahli-ahli Alumni USM (AUSM) yang berdaftar.
Menerusi program Junior Doctor ini, para
peserta dapat merasai pengalaman sebagai seorang pelajar perubatan dengan
menjalani sendiri sesi pembelajaran kursus Ijazah Doktor Perubatan di USM
sepanjang tempoh program ini berlangsung. Mereka akan mengikuti
fasilitator-fasilitator masing-masing yang terdiri daripada beberapa pelajar
perubatan USM yang akan bertindak sebagai ‘abang’ dan ‘kakak angkat’ kepada
para peserta. Tambahan lagi, para peserta juga akan diberi kebenaran untuk
mengakses semua tempat pembelajaran di USM dan Hospital USM, sepertimana yang
dibenarkan kepada seorang pelajar perubatan USM.
Selain itu, para peserta Junior Doctor akan
menjalani sesi-sesi yang disediakan khas untuk mereka seperti sesi eksplorasi
anatomi, kursus pertolongan cemas, tutorial problem based learning (PBL),
dan kursus kemahiran klinikal secara praktikal. Para peserta juga akan
diberi panduan dan latihan cara untuk menghadapi temuduga untuk kursus Ijazah
Doktor Perubatan. Mereka akan ditemuduga oleh para pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan akan diberi
penilaian berdasarkan hasil temuduga masing-masing. Di samping itu, para
peserta juga berpeluang untuk mengetahui tentang kerjaya perubatan dengan lebih
mendalam dari perspektif doktor sendiri menerusi slot seminar kerjaya yang
disediakan khas oleh barisan doktor-doktor pakar Hospital USM.
Di
akhir program ini, pihak penganjur berharap agar kami dapat:
Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM). Program berbentuk motivasi ini pertama kali diadakan pada Mac 2013 dan bertujuan untuk memberi pendedahan yang eksklusif kepada para peserta tentang kehidupan sebagai seorang pelajar kursus Ijazah Doktor Perubatan di USM. Program kali ketiga ini dibuka kepada para pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Taiping dan anak-anak ahli-ahli Alumni USM (AUSM) yang berdaftar.
OBJEKTIF PROGRAM
-Memberi pendedahan kepada para peserta tentang
kehidupan sebagai seorang pelajar kursus Ijazah Doktor Perubatan di USM;
-Memupuk minat terhadap bidang perubatan dalam kalangan para peserta;
-Memupuk minat terhadap bidang perubatan dalam kalangan para peserta;