Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak
Presiden PAUSM 2015-2017




Dari hati ke hati,

Salam AUSM (awesome!) dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu kita bersyukur kehadrat Ilahi kerana Mesyuarat Agung Tahunan AUSM telah berjalan dengan lancar dalam suasana kematangan dan silaturahim yang mantap. Kita amat bersyukur atas kerjasama dan semangat muhibbah yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir.

Secara peribadi, saya berterima kasih kepada semua yang hadir kerana merestui perlantikan saya sebagai Presiden AUSM yang baru, walaupun ini merupakan satu keputusan yang saya sendiri tidak menduganya. Seolah-olah satu mimpi disiang hari . Saya juga berterima kasih kepada para ahli AUSM yang telah menghantar ucapan tahniah melalui beberbagai cara dan media.

Apa pun saya menerimanya dengan segala rendah diri, dan hati terbuka terutama sekali apabila ahli-ahli Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama melantik satu barisan ‘pekerja’ yang amat sesuai dan dekat dengan jiwa dan hati nurani USM yang kita kenali. Ia menjangkau batasan gender, etnik, orang kelainan upaya (OKU), usia dan juga bidang serta pengalaman baik sebagai seorang ahli diplomat mahupun seorang penggerak masyarakat! 

Kami rasa amat bertuah dengan kepelbagaian kepemimpinan ini untuk meneraju AUSM secara muafakat menjelang 2017, apa lagi pada tahun hadapan alma mater kita agak berusia 45 tahun. Semua ini akan meberi peluang terbaik untuk AUSM melonjakkan lagi nama USM dan mengilapnya dengan menghidupkan lagi cogan kata “KAMI MEMIMPIN.” Oleh itu kita menaruh harapan tinggi bahawa kerjasama erat akan terus diwujudkan bersama semua ahli AUSM agar membawa rahmat dan petanda baik, insyaallah. 

Dalam masa yang terdekat ini, para ‘perkerja’ AUSM akan bertemu dan berbincang untuk mengorak langkah bagi menyempurnakan amanahnya, dan amat mengalu-alukan apa jua sumbangan dan pandangan dari semua ahli dimana saja mereka berada. Dari masa ke semasa, halaman ini akan terus menemui AUSMers untuk mencatat masa hadapan AUSM dan sudah tentunya USM itu sendiri. 


Salam AUSM, dan salam hormat 
Dzul, Pharmacy '76
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!