Lambang / logo Persatuan ini terdiri daripada empat huruf iaitu AUSM. Huruf ‘A’ adalah singkatan daripada perkataan Alumni manakala USM merujuk kepada
Universiti Sains Malaysia.

AWESOME merujuk kepada sebutan AUSM dan juga membawa imej alumni yang berkepimpinan, memberi inspirasi dan sentiasa relevan.

Warna merah melambangkan keberanian, semangat dan rasa cinta kepada alma mater USM.

Warna ungu selain menjadi simbol kepada warna rasmi bagi Universiti Sains Malaysia, turut membawa makna kebersamaan dengan Universiti Sains Malaysia dalam memperkasakan universiti.

Warna jingga melambangkan kerjasama yang wujud antara satu sama lain bagi mencapai visi dan objektif persatuan.
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!