• Prof. Dr. Ramli Mohamed
    • Merupakan pengasas dan Presiden Pertama yang menerajui Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 1974 sehingga 1978.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di USM pada tahun 1974.
    • Masih berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Komunikasi USM.
  • Prof. Dato' Zubir Din
    • Merupakan Presiden Kedua Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 1978 sehingga 1981.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kajihayat di USM pada tahun 1974.
    • Beliau masih berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Kajihayat USM.
  • Y. Bhg. Puan Seri Hajah Fauziah Sharom
    • Merupakan Presiden Ketiga Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 1981 sehingga 2000.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di USM pada tahun 1975.
    • Beliau ialah isteri kepada mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Musa Mohamed.
  • Prof. Dr. Mohammed Zin Nordin
    • Merupakan Presiden Keempat Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 2000 sehingga 2003.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di USM pada tahun 1986.
    • Beliau kini bertugas sebagai profesor di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
  • Encik Shaifubahrim Mohd Saleh
    • Merupakan Presiden Kelima (2003-2006) dan Presiden Ketujuh(2009-2011) Persatuan Alumni USM.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di USM pada tahun 1983.
    • Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kini berkhidmat sebagai CEO PIKOM.
  • Dr. Mohamad Jafre Zainol Abidin
    • Merupakan Presiden Keenam Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 2007 sehingga 2009.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Ilmu Pendidikan di USM pada tahun 1985.
    • Beliau masih berkhidmat di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM.
  • Y.Bhg. Dato' Syed Jamal Syed Jaafar
    • Merupakan Presiden Ketujuh Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 2011 sehingga 2013.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda SainsKemasyarakatan di USM pada tahun 1974.
    • Beliau masih berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  • Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus
    • Merupakan Presiden Kelapan Persatuan Alumni USM.
    • Memegang jawatan ini dari tahun 2013 sehingga 2015.
    • Menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di USM pada tahun 1974.
    • Beliau kini sudah bersara.
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!