Rumah Alumni atau dikenali sebagai Anjung Budi merupakan platform terbaik untuk menjadi tempat perjumpaan dan perhubungan di antara Alumni. Terletak di kawasan yang strategik di dalam kampus USM di mana ia dibina berasaskan rekabentuk yang mesra alam, selari dengan ciri-ciri kampus lestari.
Persatuan Alumni USM sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti bagi menghidupkan suasana di Anjung Budi sekaligus menjadikan tempat ini dikenali oleh alumni sebagai platform untuk mengadakan perjumpaan.
Selain itu, pihak pengurusan di Anjung Budi juga turut menawarkan perkhidmatan sewaan bagi mereka yang berminat untuk menyewa Anjung Budi bagi mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan, jamuan makan dan sebagainya.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila berhubung dengan pihak pengurusan Anjung Budi iaitu di talian 04-653 4791.
*Muat turun risalah Anjung Budi di sini.
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!