Salam AUSM (awesome),
salam sejahtera!
Selamat bertemu kembali.
Jawatankuasa Eksekutif PAUSM selamat melangsungkan mesyuarat
sulungnya pada April 4 di Kuala Lumpur, dihadiri oleh semua ahli melainkan
seorang yang terpaksa menarik diri pada saat-saat terakhir kerana hal yang
tidak dapat dielakkan. Apapun, mesyuarat berjalan dengan lancar dalam semangat
kerjasama yang tinggi dan amat memberangsangkan lagi mesra.
Saya telah menekankan bahawa Jawatakuasa Eksekutif PAUSM wajar bertindak
secara profesional selaras dengan cogan “KAMI MEMIMPIN” yang menjadi kebanggaan
para alumninya. Saya juga menekankan bahawa kerjasama erat wajar diamalkan supaya
keranah birokrasi dan protokol dapat dihindarkan dalam usaha memaksimakan
output dan input serta penyertaan seramai mungkin ahli PAUSM hasil dari usaha
JKE yang lalu.
Dalam pada itu Jawatakuasa Eksekutif ingin menyasarkan kegiatannya sejajar
dengan perkembangan pendidikan semasa bukan sahaja diperingkat negara (PPPM-PT)
dan juga serantau terutamanya dengan kemunculan Komuniti ASEAN menjelang hujung
tahun ini khasnya, tetapi turut aktif dalam melakarkan Agenda Pembangunan
Pendidikan Pasca-2015 diperingkat lebih global. Selaras dengan ini ‘visibility’
PAUSM sebagai satu badan yang berwibawa adalah peri penting. Disini jugalah
kepelbagaian kepemimpinan dalam Jawatakuasa Eksekutif wajar dipertingkatkan lagi dari segi
iltizam dan keterlibatan yang profesional tanpa berbau politik kepartian.
Selepas menimbangkan usul dan cadangan yang diterima semasa
Mesyuarat Tahunan pada Mac 14 lalu, dan mengambil keputusan sewajarnya; Jawatakuasa Eksekutif terus membincangkan beberapa cadangan utama yang boleh meningkatkan lagi
‘visibility’ PAUSM dikalangan ahli dan dikacamata masyarakat. Dalam hal ini
tiga aspek dipertimbang dan dipersetujui. Pertama, melebarkan lagi usaha gigih Alumni Gateway yang oleh Jawatakuasa Eksekutif yang lalu supaya ia menjadi gerbang siber dan maklumat
utama PAUSM. Selepas mendengar penerangan perinci dari saudara Ghazali Kassim (terima kasih, Ghaz), JKE
bersetuju perkara ini disusuli dan dibincang semula pada Jawatakuasa Eksekutif akan datang untuk
diambil keputusan seterusnya untuk menjadikan ‘flagship’ PAUSM (satu ‘world
first’ mengikut Ghaz!).
Kedua, meningkatkan lagi keberkesanan dan makna aktiviti Balikampus bermula pada tahun ini, yang
dirancang berlangsung pada Ogos 29 kelak. Lantas Balikampus 2015 bakal
memperkenal satu usaha pengiktirafan para alumni yang sedang berbakti dialma
mater dalam bentuk Awesome Award
untuk para AUSM yang sedang berkhidmat (selain Jawatakuasa Eksekutif) dan banyak menyokong PAUSM
dalam berbagai hal terutama dalam mengeratkan lagi hubungan PAUSM dengan
universiti. Perincian Anugerah ini sedang diteliti dan akan diumumkan kelak.
Selain itu berbagai aktiviti riadah dan kesihatan juga sedang diberi perhatian.
Ketiga, adalah untuk menjenamakan AUSM melalui ‘awesome’ sebagai ‘tagline’ – yakni
para alumni USM adalah ‘awesome’ (I am AWESOME!) sesuai dengan ciri
kepemimpanannya berdasarkan cogan “KAMI MEMIMPIN.” Kerja-kerja kreatif awal
akan dimulakan menjelang hari Balikampus nanti!
Adalah diharapkan ketiga-tiga usaha awal ini akan
mengisyaratkan bahawa dalam jangka masa dua tahun akan datang menjelang 2017,
dan 2016 khasnya – apabila USM menyambut ulangtahun ke-45nya, PAUSM akan terus
mendapat tempat dalam libaran sejarah alma mater kita.
Oleh itu bersama-samalah kita menerajui PAUSM dengan penuhi
dedikasi, kejujuran dan kecemerlangan!
Salam hormat!
Teks : Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Foto : Nurul Hidayah Termiji