08 Mac 2016
Semua Ahli Persatuan Alumni USM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saudara/Saudari,
PENUNDAAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI USM KE-20
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni USM ke -20 yang telah ditetapkan pada 26 Mac 2016 (Sabtu) akan ditunda pada ketetapan berikut:
Tarikh
|
:
|
31 Mac 2016 (Khamis)
|
Masa
|
:
|
9.00 Pagi
|
Tempat
|
:
|
Dewan Persidangan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia
|
Agenda mesyuarat ialah seperti berikut :
1) Ucapan aluan Presiden PAUSM 2015-2017
2) Sesi Ramah Mesra bersama Universiti & Soal Jawab
3) Pelantikan Pengerusi Majlis
4) Pelantikan Pencatat Minit (2 orang)
5) Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-19
6) Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan 2015
7) Pembentangan & Pengesahan Penyata Kewangan bagi tempoh berakhir [31 Disember 2015]
8) Perbincangan hal-hal kepentingan bersama dengan persetujuan Presiden
9) Pembentangan & Perbahasan Usul (jika ada)
10) Ucapan penangguhan oleh Presiden 2015-2017
Sukacita sekiranya saudara/saudari dapa t mengesahkan kehadiran kepada kami melalui emel PAUSM: persatuan.alumni@gmail. com atau tel:04-6532166 / faks : 04-6569370. Mohon kerjasama untuk melengkapkan borang yang dilampirkan.
Semoga kehadiran dan sokongan saudara/saudari sekalian terhadap Persatuan Alumni USM akan memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, untuk makluman dan terima kasih.
“Wadah untuk alumni menyumbang dan berjaringan”
Yang menjalankan tugas,
Yang menjalankan tugas,
Sekretariat Persatuan Alumni USM
04-6569370/04-6532166 Ext: 2166