Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM), Pulau Pinang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni USM kali yang ke-23. Sehubungan dengan itu. Ahli Jawatankuasa Eksekutif PAUSM dengan penuh takzimnya menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tahunan ini yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
                                                Tarikh   : 16 Mac 2019 (Sabtu)
                                                 Masa   : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
                                                Tempat : Dewan Persidangan USM, Universiti Sains Malaysia

Sekiranya alumni ingin mengemukakan usul, sila kemukakan kepada kami selewatnya pada 13 Mac 2019. Sukacita sekiranya alumni dapat mengesahkan kehadiran kepada kami melalui emel PAUSM : persatuan.alumni@gmail.com atau tel:04-6532166.

Sekian, untuk makluman.

“Wadah untuk alumni menyumbang dan berjaringan”

Yang menjalankan tugas,

Nurul Hidayah Termiji
Sekretariat Persatuan Alumni USM
Tel : 04-6532166 Ext: 5142/2166


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!