Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea
sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan persatuan ini bermula pada
awal tahun tersebut menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang
diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulaiman (Bio. '74), Pensyarah dari
Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan beberapa orang staf akademik
serta pentadbiran USM.
Persatuan Alumni USM mempunyai satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri
daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha,
Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa mesyuarat agung.
Jawatankuasa Eksekutif tersebut akan menerajui jawatan tersebut untuk
tempoh dua tahun.
Pada awal penubuhan, Persatuan Alumni telah melantik TYT Tun Hamdan
Sheikh Tahir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai penaungnya dan
Naib Canselor USM sebagai penasihat.
Sehingga sekarang, Persatuan Alumni USM telah dipimpin oleh beberapa orang
Presiden. Kepimpinan yang pertama ialah Prof. Dr. Ramli Mohamed
(MassCom. '74) untuk tempoh 4 tahun. Seterusnya, diikuti oleh kepimpinan
kedua, Prof. Dato' Zubir Din (Bio. '74) untuk tempoh tiga tahun.
Kepimpinan ketiga Persatuan Alumni diterajui oleh Y.Bhg. Puan Sri
Fauziah Shahrom (Pol. Sc. '75).
Bagi era 2000, Presiden Persatuan Alumni USM disandang oleh Prof. Dr.
Mohammed Zin Nordin (MassCom. '86), Dr. Mohamad Jafre Zainol Abidin (Ed.
'82), En. Shaifubahrim Mohd Saleh (ComSc. '83), Y.Bhg. Dato' Syed
Jamal Syed Jaafar (SocSc. '74), Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus (SocSc. '74), YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli bin Abdul Razak (Pharmacy '76). Terkini untuk sesi 2019-2021, Persatuan
Alumni USM diterajui oleh Tuan Haji Mohd Aziz Ismaun (Kejuruteraan 1989).