Pulau Pinang, 10 Februari 2015 : Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM)
akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19, pada 14 Mac 2015, bertempat di Dewan Persidangan
Universiti Sains Malaysia . Mesyuarat ini akan bermula pada jam 9 pagi.
Untuk makluman pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini akan terdapat pelantikan baru iaitu bagi tahun 2015-2017. Sehubungan dengan ini, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan
semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan
Persatuan Alumni USM.
Teks / Foto : Nurul Hidayah Termiji