PULAU PINANG, 14 Mac 2015 – Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Tan
Sri Dzulkifli Abdul Razak dipilih sebagai Presiden Persatuan Alumni USM
2015–2017 dalam mesyuarat Agung Persatuan Alumni USM (PAUSM) ke–19 hari
ini.
Beliau merupakan Naib Canselor ke-5 USM dari tahun 2000 hingga 2011.
"Alumni bagi saya adalah sebahagian daripada nadi dalam sesebuah
universiti kerana mereka telah mendapat pendidikan dan pengalaman
terdahulu di universiti.
Orang berbudi kita berbahasa, justeru
itu kita akan menggerak dan mencorakkan semula alumni di universiti
supaya lebih relevan pada masa akan datang," kata Dzulkifli.
Tambah Dzulkifli, alumni juga merupakan tiang seri kepada universiti,
justeru kepulangan mereka semula ke kampus merupakan suatu tanggungjawab
untuk berbakti selagi mampu, ujarnya kepada TVUSM.
Dzulkifli
menyeru para alumni supaya bersama-sama memacu kecemerlangan dan
mengambil contoh Naib Canselor USM pertama, Tan Sri Datuk Profesor
Hamzah Sendut yang sangat komited dalam memartabatkan nama USM pada
ketika itu.
Mantan Presiden Persatuan Alumni USM 2013 – 2015
Haji Mohamed Talhah Idrus yang dipilih sebagai Naib Presiden menegaskan
bahawa semangat ukhuwah dalam kalangan alumni amatlah penting.
Menurut Mohamed Talhah lagi, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) adalah
aktiviti tahunan PAUSM yang bukan bertujuan sekadar meraih kehadiran
untuk mencukupkan korum agar Persatuan tidak dinyah daftarkan, tetapi
AJK PAUSM khususnya bersungguh–sungguh mengharapkan kehadiran dan
penyertaan mereka dalam memberikan sumbangan kepada persatuan dan
universiti.
"Biarlah barisan ini kian berkualiti dan dedikasinya,
istiqamah dan kesungguhan mereka yang diamanatkan untuk mengumpulkan
lebih ramai alumni dalam satu ikatan persatuan yang perkasa.
Saya
berasa amat gembira kerana para alumni yang hadir pada hari ini, bukan
hanya dari Pulau Pinang, namun ada yang datang dari jauh, antaranya
Kuala Lumpur dan Kelantan." ujarnya lagi.
Mesyuarat Agung PAUSM
dipengerusikan oleh Presiden PAUSM 2013 – 2015, Tuan Haji Mohamed Talhah
Idrus dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke-18 (2014) dan
Laporan Aktiviti Tahunan sepanjang tahun 2014.Kemudian mesyuarat diambil
alih oleh Bendahari PAUSM, Dr. Daisy Kee Mui Hung untuk pembentangan
Laporan Kewangan 2014.
Beberapa cadangan dari ahli mesyuarat yang lain juga telah dicatat untuk memperkemaskan lagi perlembagaan tersebut.
Dalam ucapan penangguhannya, Dzulkifli mengingatkan tentang tugu
transformasi yang dibina dan diletakkan di bulatan berhampiran Anjung
Budi sejak tahun 70han yang menggambarkan bagaimana proses ini telah
lama digerakkan di USM untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.
Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang ahli Persatuan Alumni USM.
Jawatankuasa Persatuan Alumni USM 2015-2017 yang dipilih ialah:
Presiden
Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
dzulrazak@gmail.com
Timbalan Presiden
Hj Mohamed Talhah Idrus
tolamhaha@yahoo.com
Setiausaha
Dr Nor Zarifah Maliki
zarifahmaliki@gmail.com
Timbalan Setiausaha
Mohamad bin Abdullah
mohd@usm.my
Bendahari
Dr Daisy Kee Mui Hung
daisy.kee@gmail.com
Ahli-ahli Jawatankuasa
Dato' Sofian Ahmad
kysofian@hotmail.com
Zulkarnain bin Mohamad Tajul Ariffin
zulkarnain@usm.my
Mohd Mukhwim bin Maghribi
mukhwim@usm.my
Dr Ahmad Ezanee bin Che Mansor
dr_ caezanee@yahoo.com
Dr Mohd Muzammil Mohd Noor
muzammil@usm.my
Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah