Kalendar PAUSM




Aktiviti Tahun 2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAUSM KE 18
22 MAC 2014
ANJUNG BUDI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 18 telah diadakan pada 22 Mac 2012 di Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia. Mesyuarat bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Program ini merupakan acara tahunan Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM).

Pada mesyuarat kali ini tiada pemilihan jawatankuasa diadakan kerana pemilihan jawatankuasa hanya diadakan pada setiap dua (2) tahun sekali. Dalam mesyuarat ini juga jawatankuasa sesi 2011-2014 telah membentangkan segala aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun berakhir pada Disember 2014.

  
UPACARA KONVOKESYEN USM KE 49 & 50
24-27 APRIL 2014 & 01 - 09 NOVEMBER 2014
DEWAN TUANKU SYED PUTERA & PASAR PELAJAR, USM

Persatuan Alumni USM membuka ‘booth’ pada Upacara Konvokesyen USM ke 49 & 50. Di samping itu, Persatuan Alumni USM juga telah membuka kaunter pendaftaran bagi membolehkan graduan untuk mendaftarkan diri menjadi ahli Persatuan Alumni USM. Di kesempatan tersebut juga Persatuan Alumni USM telah menjual beg kertas serta mengadakan pelbagai promosi jualan cenderahati bagi graduan USM. Beg kertas serta jualan cenderahati ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.


PROMOSI ALUMNI GATEWAY
01 - 09 NOVEMBER 2014
DEWAN TUANKU SYED PUTRA & PASAR PELAJAR, USM

Bersempena dengan Upacara Konvokesyen USM ke 50, PAUSM juga menjalankan aktiviti promosi portal Alumni Gateway. Persatuan Alumni USM telah bekerjasama dengan Peoplespace mempromosikan portal Alumni Gateway. Sekumpulan pelajar telah dipilih untuk membantu promosi ini.


JAMUAN BERBUKA PUASA PAUSM
12 JULAI 2014
BANGUNAN ALLUMNI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Jamuan Berbuka Puasa bersama keluarga Jawatankuasa Eksekutif PAUSM telah diadakan secara sederhana sejurus selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif BIl. Ke-07/2014. Majlis seumpama ini telah merapatkan hubungan di antara ahli keluarga jawatankuasa.


PROGRAM MINDEN PIONEERS’ HI-TEA
07 SEPTEMBER 2014
THE ROYAL HOTEL COMMONWEALTH SOCIETY, BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR

Program Minden Pioneers’ Hi- Tea merupakan program anjuran bersama kumpulan graduasi USM Alumni '74 dan Persatuan Alumni USM [PAUSM]. Program ini telah di adakan di Balai TAR of the Royal Commonwealth Society (RCS) in Jalan Birah, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan tahun ke 40 graduan '74 iaitu garduan ketiga serta graduan pertama Universiti Sains Malaysia dan program ini juga telah berjaya mengumpul seramai 101 alumni dari graduan 1973-1975. Majlis ini juga telah di hiburkan oleh Kumpulan muzik Tabula Rasa yang diketuai oleh Encik Hamdan Omar.


PENDAFTARAN AHLI
SEPANJANG TAHUN 2014
BANGUNAN ALUMNI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Pendaftaran ahli telah dibuka sepanjang tahun 2014. Pendaftaran sudah boleh dibuat secara online. Yuran pendaftaran RM50 untuk keahlian seumur hidup mengikut pindaan Perlembagaan Persatuan Alumni USM yang telah mendapat kelulusan daripada ROS.



Aktiviti Tahunan PAUSM

SIREH PULANG KE GAGANG.
Majlis Sireh Pulang ke Gagang merupakan aktiviti persatuan yang dianjurkan oleh chapter Persatuan Alumni USM Wilayah Persekutuan dan Selangor setiap 2 tahun sekali dan diadakan di Kuala Lumpur. 

JUALAN KONVOKESYEN.
Persatuan Alumni USM akan membuka kaunter pendaftaran alumni dan membuat jualan setiap kali Konvokesyen di USM setiap tahun.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN.
Setiap tahun Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan oleh PAUSM untuk membentangkan laporan tahunan aktiviti dan kewangan PAUSM. Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PAUSM akan dilantik pada 2 tahun sekali (tahun ganjil) semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

JAMUAN HARI RAYA/MAJLIS BUKA PUASA.
PAUSM akan sentiasa mengambil peluang untuk mengadakan majlis seperti ini sekiranya terdapat peruntukan lebih.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!