HARI WARGA USM 2019

Sukacita dimaklumkan, Hari Warga USM 2019 kali ini akan diadakan pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) di mana acara pertama bermula pada malam 16 Ogos 2019 (Jumaat). USM turut menjemput para Alumni USM untuk turut bersama di dalam beberapa acara yang telah disediakan.
Senarai acara boleh rujuk pada link berikut :
(http://hariwarga.usm.my)
Bagi Alumni yang berminat, boleh maklumkan maklumat berikut untuk pihak kami majukan pada pihak urusetia Hari Warga.
Nama :
Pengajian terakhir :
Tahun graduasi :
No.kad pengenalan :
No.telefon :
Size baju :
Acara :

TEMPAT ADALAH TERHAD
First come, first serve!

Jom meriahkan Hari Warga USM 2019 kali ini dengan bertemakan USM 50 Tahun Bersama Memimpin Perubahan"

Sekretariat
Persatuan Alumni USM
04-6532166
persatuan.alumni@gmail.com






To All Alumni USM,

KARNIVAL KESIHATAN 2019

In conjunction with the 50th Anniversary Celebration of USM, the above program is organized for students, staff, alumni and retirees of USM. The above program is also open to the public.

PAUSM expects and hopes all members/Alumni to attend this program and please feel free to bring along your relatives, friends and neighbours.

Keep 17 April 2019 free to attend this very useful program.

Please confirm your attendance to PAUSM secretariat at 04-6532166 / persatuan.alumni@gmail.com

Thanks

Secretariat PAUSM



Pulau Pinang ,16, Mac 2019 : Pada 16 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. 
.
Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-22 (2018) serta laporan aktiviti tahunan 2018 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu Prof.Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Laporan Kewangan 2018 pula dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.


YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak mewakili Jawatankuasa yang lain mengumunkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sidang 2017-2019. Seterusnya mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Haji Mohd Ali bin Mohd Salleh sebagai Pengerusi sementara.

Bagi perlantikan Jawatankuasa Eksekutif 2019-2021 berdasarkan cadangan,sokongan dan undian yang diterima, berikut disenaraikan nama-nama alumni yang telah berjaya dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAUSM bagi sidang 2017-2019.


PRESIDEN
:
TUAN HAJI MOHD AZIZ BIN ISMAON
TIMBALAN PRESIDEN
:
DATO' TAIZOON HYDER TYEBKHAN
SETIAUSAHA
:
CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA
PENOLONG SETIAUSAHA
:
DR. SAZLINA MD SALLEH
BENDAHARI
:
ENCIK MOHD ZULKARNAIN MOHAMAD TAJULARIFFIN



JAWATANKUASA EKSEKUTIF
:
ENCIK MOHD ALI BIN MOHD SALLEH

:
ENCIK MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL

:
ENCIK MUSTAQIN ALPI

:
PROF. DR. NOOR HAZLINA BINTI AHMAD

:
PROF. MADYA DR. TAN CHENG LING



JURU AUDIT
:
DR. HAJI KHAIRUL ANUAR MOHD SHARIFF


PENASIHAT/ PENAUNG      
:

:
ENCIK MOHD SYUKUR

PROF.EMERITUS TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.





Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM), Pulau Pinang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni USM kali yang ke-23. Sehubungan dengan itu. Ahli Jawatankuasa Eksekutif PAUSM dengan penuh takzimnya menjemput YBhg. Dato'/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat tahunan ini yang akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
                                                Tarikh   : 16 Mac 2019 (Sabtu)
                                                 Masa   : 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
                                                Tempat : Dewan Persidangan USM, Universiti Sains Malaysia

Sekiranya alumni ingin mengemukakan usul, sila kemukakan kepada kami selewatnya pada 13 Mac 2019. Sukacita sekiranya alumni dapat mengesahkan kehadiran kepada kami melalui emel PAUSM : persatuan.alumni@gmail.com atau tel:04-6532166.

Sekian, untuk makluman.

“Wadah untuk alumni menyumbang dan berjaringan”

Yang menjalankan tugas,

Nurul Hidayah Termiji
Sekretariat Persatuan Alumni USM
Tel : 04-6532166 Ext: 5142/2166



10 Julai 2018 : Sempena Ulang Tahun 10 Apex (2008-2018), Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan alumni Talk 2018 di Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni USM iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak akan memberikan taklimat sempena Ulangtahun ini yang bertajuk Memperkasa Roh Apex Apa Peranan Universiti, Staf, Pelajar & Alumni.

Program ini akan diakhirkan di Kampus Induk pada 20 Julai 2018 (Jumaat) dimana tentatif dimulakan pada jam 9 pagi bertempat di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia

Semua alumni,staf, pelajar dan warga kampus di jemput hadir, mata MyCPD / MyCSD akan diberikan






01 Mei 2018 : Sempena Ulang Tahun 10 Apex (2008-2018), Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan alumni Talk 2018 di Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni USM iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak akan memberikan taklimat sempena Ulangtahun ini yang bertajuk Memperkasa Roh Apex Apa Peranan Universiti, Staf, Pelajar & Alumni.

Program ini akan dimulakan di Kampus Kesihatan pada 07 Mei 2018 (Isnin) dimana tentatif dimulakan pada jam 9 pagi bertempat di Auditorium di Bangunan Pentadbiran, Hospital USM

Semua alumni,staf, pelajar dan warga kampus di jemput hadir, mata MyCPD / MyCSD akan diberikan





02 April 2018 : Sempena Ulang Tahun 10 Apex (20085-2018), Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan alumni Talk 2018 di Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan juga Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.

Presiden Persatuan Alumni USM iaitu Y.Bhg Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak akan memberikan taklimat sempena Ulangtahun ini yang bertajuk Memperkasa Roh Apex Apa Peranan Universiti, Staf, Pelajar & Alumni.

Program ini akan dimulakan di Kampus Kejuruteraan pada 20 April 2018 (Jumaat) dimana tentatif dimulakan pada jam 9 pagi bertempat di Auditorium Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan.

Semua alumni,staf, pelajar dan warga kampus di jemput hadir, mata MyCPD / MyCSD akan diberikan




Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!