Pulau Pinang ,16, Mac 2019 : Pada 16 Mac 2019 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. 
.
Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-22 (2018) serta laporan aktiviti tahunan 2018 yang dikendalikan oleh Presiden PAUSM iaitu Prof.Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak. Laporan Kewangan 2018 pula dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Tan Cheng Ling selaku Bendahari PAUSM.


YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak mewakili Jawatankuasa yang lain mengumunkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sidang 2017-2019. Seterusnya mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Haji Mohd Ali bin Mohd Salleh sebagai Pengerusi sementara.

Bagi perlantikan Jawatankuasa Eksekutif 2019-2021 berdasarkan cadangan,sokongan dan undian yang diterima, berikut disenaraikan nama-nama alumni yang telah berjaya dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAUSM bagi sidang 2017-2019.


PRESIDEN
:
TUAN HAJI MOHD AZIZ BIN ISMAON
TIMBALAN PRESIDEN
:
DATO' TAIZOON HYDER TYEBKHAN
SETIAUSAHA
:
CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA
PENOLONG SETIAUSAHA
:
DR. SAZLINA MD SALLEH
BENDAHARI
:
ENCIK MOHD ZULKARNAIN MOHAMAD TAJULARIFFIN



JAWATANKUASA EKSEKUTIF
:
ENCIK MOHD ALI BIN MOHD SALLEH

:
ENCIK MUHAMMAD IQBAL BIN ISMAIL

:
ENCIK MUSTAQIN ALPI

:
PROF. DR. NOOR HAZLINA BINTI AHMAD

:
PROF. MADYA DR. TAN CHENG LING



JURU AUDIT
:
DR. HAJI KHAIRUL ANUAR MOHD SHARIFF


PENASIHAT/ PENAUNG      
:

:
ENCIK MOHD SYUKUR

PROF.EMERITUS TAN SRI DZULKIFLI ABDUL RAZAK
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.





Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!