28 April 2013 : Persatuan Alumni USM telah dijemput untuk turut serta memeriahkan acara ini yang telah diadakan di Kelab Shah Alam, Selangor bersempena ulangtahun Tabula Rasa Band yang ke-42. Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Alumni Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor dan Brown Black Blues. Seramai lebih kurang 200 orang tetamu telah hadir ke upacara ini.


Program ini diadakan bertujuan untuk  berhibur dan beramah mesra dengan rakan-rakan alumni secara santai. Majlis dimulakan dengan persembahan tarian dari The Dazzlers, kumpulan kanak-kanak berumur 9-12 tahun dan di teruskan dengan persembahan secara live dari Tabula Rasa Band. 

Tabula Rasa adalah kumpulan muzik yang paling lama bertahan di universiti dan masih aktif sehingga kini menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu Inggeris dan Melayu. Antaranya Black Magic Woman, Widuri dan Nursery Rhymes yang telah diubahsuai rentak ke irama blues.  Pemuzik Tabula Rasa adalah di kalangan alumni 70-an, termasuk Y. Bhg. Tan Sri Rastam Mohd Isa, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara.

Program dimeriahkan lagi dengan pemberian cabutan bertuah yang diadakan berselang-seli dengan persembahan. 
Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi




Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!