Program Balikampus merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di dalam dan luar negara dalam suasana santai dan persahabatan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengajak alumni kembali semula ke kampus mengenang semula nostalgia sepanjang bergelar graduan di USM. Program Balikampus ini juga akan diadakan pada 21 Disember 2013.


 Untuk makluman yuran bagi penyertaan Balikampus 2013 adalah seperti berikut:

      1) Penyertaan Keseluruhan
          * RM 100.00 untuk seorang
          * RM 150.00 untuk sepasang
          * RM   50.00 untuk kanak-kanak berumur 11 tahun - 17 tahun.

      2) Penyertaan bagi Jamuan Makan Malam
           * RM 60.00 seorang
    
* Kanak-kanak berumur 10 tahun dan ke bawah adalah PERCUMA.

Sebarang perkembangan berkenaan program ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.



Teks : Nurul Hidayah Termiji
Foto : Tn.Hj. Mohamed Talhah Idrus


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!