Pulau Pinang, 09 September : Kumpulan graduasi USM Alumni '74 dengan kerjasama Persatuan Alumni USM [PAUSM] telah mengadakan program Minden Pioneers' Hi-Tea pada 07 September 2014 tadi di Balai TAR of the Royal Commonwealth Society (RCS) in Jalan Birah, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan tahun ke 40 graduan '74 iaitu garduan ketiga serta graduan pertama Universiti Sains Malaysia dan program ini juga telah berjaya mengumpul seramai 101 alumni dari graduan 1973-1975. Majlis ini juga telah di hiburkan oleh Kumpulan muzik Tabula Rasa yang diketuai oleh Encik Hamdan Omar.

Selain itu, program ini juga turut  dihadiri oleh  mantan Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abd Razak, Tan Sri Musa Mohamed serta mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negara, Tan Sri Rastam Mohd Isa.

Di lampirkan gambar-gambar program tersebut:





























Teks  : Nurul Hidayah Termiji
Foto  : Tuan haji Mohamed Talhah Idrus
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!