Pulau Pinang, 13 Oktober 2014 : Persatuan Alumni USM [PAUSM] akan mengadakan kursus asas fotografi 2014 di Eco Hub Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Penyertaan ini terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Yuran penyertaan bagi program ini adalah RM 150.00 seorang dan 20% diskaun akan diberikan kepada pemegang kad alumni USM. Bayaran ini  boleh di bayar terus ke pejabat PAUSM di bangunan D12 Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang. Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut, sila hubungi sekretariat PAUSM di 04-65302166 / 04- 656 9370 atau email : persatuan.alumni@gmail.com.



Foto/ Teks : Nurul Hidayah Termiji
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!