Salam AUSM (awesome), salam sejahtera!

Selamat bertemu kembali.

Jawatankuasa Eksekutif PAUSM selamat melangsungkan mesyuarat sulungnya pada April 4 di Kuala Lumpur, dihadiri oleh semua ahli melainkan seorang yang terpaksa menarik diri pada saat-saat terakhir kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Apapun, mesyuarat berjalan dengan lancar dalam semangat kerjasama yang tinggi dan amat memberangsangkan lagi mesra.

Saya telah menekankan bahawa Jawatakuasa Eksekutif PAUSM wajar bertindak secara profesional selaras dengan cogan “KAMI MEMIMPIN” yang menjadi kebanggaan para alumninya. Saya juga menekankan bahawa kerjasama erat wajar diamalkan supaya keranah birokrasi dan protokol dapat dihindarkan dalam usaha memaksimakan output dan input serta penyertaan seramai mungkin ahli PAUSM hasil dari usaha JKE yang lalu.

Dalam pada itu Jawatakuasa Eksekutif ingin menyasarkan kegiatannya sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa bukan sahaja diperingkat negara (PPPM-PT) dan juga serantau terutamanya dengan kemunculan Komuniti ASEAN menjelang hujung tahun ini khasnya, tetapi turut aktif dalam melakarkan Agenda Pembangunan Pendidikan Pasca-2015 diperingkat lebih global. Selaras dengan ini ‘visibility’ PAUSM sebagai satu badan yang berwibawa adalah peri penting. Disini jugalah kepelbagaian kepemimpinan dalam Jawatakuasa Eksekutif wajar dipertingkatkan lagi dari segi iltizam dan keterlibatan yang profesional tanpa berbau politik kepartian.

Selepas menimbangkan usul dan cadangan yang diterima semasa Mesyuarat Tahunan pada Mac 14 lalu, dan mengambil keputusan sewajarnya; Jawatakuasa Eksekutif terus membincangkan beberapa cadangan utama yang boleh meningkatkan lagi ‘visibility’ PAUSM dikalangan ahli dan dikacamata masyarakat. Dalam hal ini tiga aspek dipertimbang dan dipersetujui. Pertama, melebarkan lagi usaha gigih Alumni Gateway yang oleh Jawatakuasa Eksekutif yang lalu supaya ia menjadi gerbang siber dan maklumat utama PAUSM. Selepas mendengar penerangan perinci dari saudara  Ghazali Kassim (terima kasih, Ghaz), JKE bersetuju perkara ini disusuli dan dibincang semula pada Jawatakuasa Eksekutif akan datang untuk diambil keputusan seterusnya untuk menjadikan ‘flagship’ PAUSM (satu ‘world first’ mengikut Ghaz!).

Kedua, meningkatkan lagi keberkesanan dan makna aktiviti Balikampus bermula pada tahun ini, yang dirancang berlangsung pada Ogos 29 kelak. Lantas Balikampus 2015 bakal memperkenal satu usaha pengiktirafan para alumni yang sedang berbakti dialma mater dalam bentuk Awesome Award untuk para AUSM yang sedang berkhidmat (selain Jawatakuasa Eksekutif) dan banyak menyokong PAUSM dalam berbagai hal terutama dalam mengeratkan lagi hubungan PAUSM dengan universiti. Perincian Anugerah ini sedang diteliti dan akan diumumkan kelak. Selain itu berbagai aktiviti riadah dan kesihatan juga sedang diberi perhatian.

Ketiga, adalah untuk menjenamakan AUSM melalui ‘awesome’ sebagai ‘tagline’ – yakni para alumni USM adalah ‘awesome’ (I am AWESOME!) sesuai dengan ciri kepemimpanannya berdasarkan cogan “KAMI MEMIMPIN.” Kerja-kerja kreatif awal akan dimulakan menjelang hari Balikampus nanti!  

Adalah diharapkan ketiga-tiga usaha awal ini akan mengisyaratkan bahawa dalam jangka masa dua tahun akan datang menjelang 2017, dan 2016 khasnya – apabila USM menyambut ulangtahun ke-45nya, PAUSM akan terus mendapat tempat dalam libaran sejarah alma mater kita.

Oleh itu bersama-samalah kita menerajui PAUSM dengan penuhi dedikasi, kejujuran dan kecemerlangan!

Salam hormat! 













Teks : Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak
Foto : Nurul Hidayah Termiji



Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!