Pada 29 Januari 2015,  Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor telah menerima Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah Darul Aman yang ke- 89 bertempat di Istana Anak Bukit Alor Setar.

Penganugerahan ini adalah kerana Anak Melayu Pertama beroleh PhD orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda dan mengenangkan jasa-jasa beliau berkhidmat kepada masyarakat iaitu memberi motivasi di sekolah dan Jabatan kerajaan serta khidmat sukarela dalam membentuk minda masyarakat terutama di pusat-pusat Anak Yatim dan OKU.

Dr. Mohamad Muzammil Mohamad Noor merupakan alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sejarah dan Sains Politik pada tahun 2000 dan 2005 serta meneruskan pendidikan di peringkat Doktor Falsafah Di Universiti Malaya.







Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!