Program Balikampus merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di dalam dan luar negara dalam suasana santai dan persahabatan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengajak alumni kembali semula ke kampus mengenang semula nostalgia sepanjang bergelar graduan di USM. Balikampus tahun ini adalah bertemakan "AWESOME".

Program Balikampus ini akan diadakan pada 29 Ogos 2015 bertempat di kampus induk Universiti Sains Malaysia. Yuran bagi penyertaan Balikampus 2015 adalah seperti berikut:

1) Penyertaan Keseluruhan yang membuat bayaran sebelum 29/07/2015

  * RM 100.00 untuk seorang & 1 tiket cabutan bertuah

2) Penyertaan bagi Jamuan Makan Malam yang membuat bayaran sebelum    29/07/2015

 * RM 80.00 seorang & 1 tiket cabutan bertuah

3) Penyertaan Keseluruhan yang membuat bayaran selepas 29/07/2015

* RM 150.00 untuk seorang
     
4) Penyertaan bagi Jamuan Makan Malam yang membuat bayaran selepas 29/07/2015

 * RM 100.00 seorang

Sebarang perkembangan berkenaan program ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.




Teks : Nurul Hidayah termiji
Foto  : Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!