Pulau Pinang, 01 September : Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia [PAUSM] dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Alumni telah mengadakan program Balikampus 2015 -AUSM is Awesome pada 29 Ogos 2015 tadi di Kampus Minden Universiti Sains Malaysia.

Program ini bermula di Pusat Sejahtera USM untuk pendaftaran serta sarapan pagi. Seterusnya pada pukul 9.00 pagi aktiviti Refleksologi Pratikal telah dijalankan di Pusat Sejahtera USM yang ditunjuk ajar oleh Dr. Ahmad Ezanee Che Mansor iaitu graduan 1973.Aktiviti seterusnya adalah "Sekalung budi selembar kenangan Dr. Azizi Aiyub Ghazali" bagi mengenag jasa beliau selama berkhidmat di Universiti Sains Malaysia.

Selain itu, aktiviti di teruskan dengan "Awesome on Wheels" berbasikal keliling kampus yang bermula di Tasik Harapan, EcoHub, Arkeologi dan Muzium USM. Aktiviti seterusnya adalah makan tengahari di Anjung Budi iaitu Rumah Alumni, Awesome Teambuilding serta minum petang di Balai Pasiban USM.

Pada sebelah malam pula, majlis dimulakan dengan Pengisytiharan Penaung PAUSM iaitu Y.Bhg Tan Sri Datuk Mustafa Mansur. Seterusnya Pelancaran Tabung Alumni yang dilancarkan oleh Y. Berhormat Dato' Seri Haji Idris Jusoh yang di iringi oleh Y.Bhg Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak. Selain itu , PAUSM juga telah menganugerahkan Tokoh Awesome kepada 2 alumni yang telah berjasa kepada USM iaitu Prof. Madya Dr. Afidah Abdul Rahim dan Prof.Madya Dr. Azreen Syazril Adnan.

Majlis ini juga telah di hiburkan oleh Kumpulan muzik Jazz Band yang diketuai oleh Andy Siti Nurhidayah.

Di lampirkan gambar-gambar program tersebut:
































Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!