KONVOKESYEN KE-52 USM 17-21 NOVEMBER 2015

Pulau Pinang, 12 Oktober 2015 – Seramai kira-kira 5,555 orang graduan akan menerima ijazah dan diploma dalam Upacara Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) Ke-52 yang akan diadakan pada hari Selasa, 17 November 2015 hingga 21 November 2015 selama 5 hari dalam 9 Sidang di Dewan Tuanku Syed Putra USM Pulau Pinang.

Sidang Pertama akan diadakan pada hari Selasa, 17 November 2015, mulai jam 10.00 pagi yang akan dipengerusikan oleh Canselor USM, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Manakala pada sidang-sidang lain, ijazah akan disaampaikan oleh Pro-pro Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Mustafa Mansur ( Sidang 2 dan 3), Tan Sri Razali Ismail (Sidang 4,5 dan 6) dan Tan Sri Dr. M. Jegathesan (Sidang 7, 8 dan 9).

Kedudukan Ijazah mengikut sidang adalah seperti berikut:

Sidang Pertama: Selasa, 17 November 2015, jam 10.00 pagi

Ijazah Kehormat
Profesor Emeritus
Doktor Falsafah
Doktor Kesihatan Awam
Doktor Kesihatan Awam Pergigian
Doktor Pendidikan
Sarjana Informatik
Doktor Perubatan (KLE, India)

Sidang Kedua: Rabu, 18 November 2015, 9.00 pagi

Sarjana Sains (Sains Tulen)*
Sarjana Sains (Sains Gunaan)*
Sarjana Sains (Kejuruteraan)*
Sarjana Sains (Kesihatan/Perubatan/Pergigian)*
Sarjana Sastera*
Sarjana Sains Kemasyarakatan*
Sarjana Perubatan
Sarjana Patologi
Sarjana Pembedahan Oral Dan Maksilofasial
Sarjana Pergigian Restoratif
Sarjana Pergigian Pediatrik
Sarjana Neurosains
Sarjana Surgeri
Sarjana Kesihatan Awam
Sarjana Kesihatan Awam Pergigian
Sarjana Farmasi (Farmasi Klinikal)
Doktor Perubatan
SM Ekonomi
SM Kerja Sosial
* Mod Penyelidikan

Sidang Ketiga: Rabu, 18 November 2015, 3.00 Petang

Sarjana Sains (Sains Tulen)
Sarjana Sains (Sains Gunaan)
Sarjana Sains (Kejuruteraan)
Sarjana Sains (Kesihatan, Perubatan dan Pergigian)
Sarjana Pendidikan
Sarjana Sastera
Sarjana Komunikasi
Sarjana Sains Kemasyarakatan (Kajian Asia)
Sarjana Pentadbiran Awam
Sarjana Pentadbiran Perniagaan
Sarjana Pengurusan Ekonomi
Sarjana Kaunseling
Sarjana Kajian Antarabangsa Dan Diplomasi (Kajian Eropah)
Sarjana Kerja Sosial
Sarjana Instruksi Multimedia
Doktor Pergigian

Sidang Keempat: Khamis, 19 November 2015, 9.00 Pagi

SM Perakaunan
SM Pengurusan
SM Pengurusan (JJ)

Sidang Kelima: Khamis, 19 November 2015, 3.00 Petang

SM Farmasi
SM Sains Komputer
SM Sains Kemasyarakatan (JJ)

Sidang Keenam: Jumaat, 20 November 2015, 9.00 pagi

SM Sains
SM Sains (JJ)
SM Seni Halus
SM Seni Muzik
SM Sastera (Bahasa Inggeris untuk Profesional)

Sidang Ketujuh: Jumaat, 20 November 2015, 3.00 petang

SM Pendidikan
SM Sastera dengan Pendidikan
SM Sastera
SM Sastera (JJ)
SM Sains Gunaan

Sidang Kelapan - Sabtu, 21 November 2015, 9.00 pagi

SM Kejuruteraan
SM Teknologi

Sidang Kesembilan: Sabtu, 21 November 2015, 3.00 petang

SM Sains Kesihatan
SM Sains (Sains Forensik)
SM Sains (PBP)
SM Seni Bina
Diploma Kejururawatan

Kemaskini 12 Oktober 2015
MPRC USM
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!