Pulau Pinang ,04 April 2016 : Pada 31 Mac 2016 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20, bertempat di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Perumahan,Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. Mesyuarat kali ini turut dihadiri Y.Bhg Tan Sri Datuk Mustafa Mansur iaitu merupakan alumni USM dan juga Penaung PAUSM.

Mesyuarat ini dimulakan dengan slot Ramah Mesra bersama Universiti. Seterusnya, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden PAUSM, Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-19 (2015). Seterusnya Dr. Nor Zarifah Maliki selaku Setiausaha Agung PAUSM telah membentangkan laporan aktiviti tahunan 2015. Laporan Kewangan 2015 pula dibentangkan oleh Dr.Daisy Kee Mui Hung selaku Bendahari PAUSM.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.









Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!