Kepada Semua Alumni USM,

Program AUSM Awesome Nite merupakan satu program yang dijenamakan semula daripada program Sirih Pulang Ke Gagang yang telah dikelola oleh Persatuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini. Projek ini dilaksanakan dua tahun sekali pada setiap tahun genap bagi mengumpulkan para alumni USM dalam satu majlis yang formal. 

Pada tahun ini, program yang telah dijenamakan semula iaitu AUSM Awesome Nite yang akan digerakkan sepenuhnya oleh PAUSM dan akan diadakan pada 13 Oktober 2016 dari 8 malam hingga 11 malam bertempat di Putra World Trade Center, Kuala Lumpur

Program ini turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)

Penganugerahan Tokoh Alumni USM juga akan dianugerahkan kepada Alumni yang telah dipilih berdasarkan kriteria dan kelayakkan. Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan program pada kali ini. Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan alumni dengan USM dan juga meluaskan rangkaian peluang alumni USM.

Sehubungan dengan ini, PAUSM mengalu-alukan kedatangan para alumni untuk menghadiri ke program ini. Untuk makluman borang penyertaan boleh di muat turun di https://drive.google.com/open?id=0Bzd6VxniFUFcX19DamI2MmRTWkk

Yuran Penyertaan bagi aerly bird adalah RM 130.00, bayaran mesti dilakukan sebelum @ pada 15/08/ 2016. Selepas 15/08/2016  yuran penyertaan akan dikenakan RM 160.00. CIMB Persatuan Alumni USM [80-0381480-6].

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 04-653 2166 /012-5717632/ 013-4711243.

Sekian, terima kasih dan selamat ke program AUSM AWESOME NITE.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!