Pulau Pinang ,20, Mac 2017 : Pada 18 Mac 2017 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-21, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. Mesyuarat kali ini turut dihadiri YBhg. Prof. Datuk Dr. Asma Ismail iaitu Naib Canselor USM dan YBhg Tan Sri Datuk Mustafa Mansur iaitu merupakan alumni USM dan juga Penaung PAUSM.

Mesyuarat ini dimulakan Ucapan Penaung PAUSM dan diikuti dengan ucapan dari Naib Canselor USM. Mesyuarat ini turut dirasmikan oleh Naib Canselor USM.

Seterusnya YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak selaku presiden PAUSM telah memberi cenderamata kepada Penaung PAUSM, Naib Canselor USM serta 8 Jabatan USM yang turut membantu menjayakan program-program PAUSM.

Seterusnya, mesyuarat agung dimulakan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-20 (2016) serta laporan aktiviti tahunan 2016 yang dikendalikan oleh Setiausaha Agung PAUSM iaitu Dr. Nor Zarifah Maliki . Laporan Kewangan 2016 pula dibentangkan oleh Dr.Daisy Kee Mui Hung selaku Bendahari PAUSM.


YBhg Prof. Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak mewakili Jawatankuasa yang lain mengumunkan pembubaran Jawatankuasa Eksekutif sidang 2015-2017. Seterusnya mesyuarat ini telah dikendalikan oleh Y.Bhg Dato' Sopian Ahmad sebagai Pengerusi sementara.

Bagi perlantikan Jawatankuasa Eksekutif 2017-2019 berdasarkan cadangan,sokongan dan undian yang diterima, berikut disenaraikan nama-nama alumni yang telah berjaya dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif PAUSM bagi sidang 2017-2019.


PRESIDEN
:
PROF.TAN SRI DATO’ DZULKIFLI ABDUL RAZAK (B.PHARM 1976)
TIMBALAN PRESIDEN
:
ENCIK MOHD ZULKARNAIN MOHAMAD TAJULARIFFIN (MPA 2014)
SETIAUSAHA
:
DR.DAISY KEE MUI HUNG (B.MGMT 1999)
PENOLONG SETIAUSAHA
:
CIK NUR MARIYAM BINTI MUSA (SOC.SC 1999)
BENDAHARI
:
DR. TAN CHENG LING  (MBA 2009)



JAWATANKUASA EKSEKUTIF
:
DR . C AHMAD EZANEE BIN CHE MANSOR (SOC.SC 1973)

:
DATO’ SOPIAN AHMAD (SOC. SC. 1974)

:
DATO' TAIZOON HYDER TYEBKHAN (B.MGMT 1993 & MBA 1997)

:
PUAN ANDY SITI NURHIDAYAH BINTI RAHIM (MGMT/MASS COMM 2007)

:
PUAN NORIAH MOHAMAD (HUM/MASS COMM. 1984)



JURU AUDIT
:
ENCIK KHAIRUL ANNUAR YUNUS (SOC.SC. 2002 & MPA 2008)

:
DR. SAZLINA MD SALLEH (BIOLOGY 1999)

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.

















Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!