Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22, pada 17 Mac 2018, bertempat di Dewan Persidangan Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis akan bermula pada jam 8 pagi. Sempena majlis tersebut, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan Persatuan Alumni USM. 

Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua alumni untuk bersama-sama menyumbangkan idea bagi memantapkan persatuan.
Kepada alumni yang berminat untuk hadir, sila maklumkan kehadiran anda kepada Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 04-653 2166/04-656 9370 atau email persatuan di persatuan.alumni@gmail.com.


☺️==
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!