dan Selamat Sejahtera


Muzammil berasal dari Alor Setar, Kedah dan merupakan orang kelainan upaya berkerusi roda. 

Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Rendah Dato' Wan Mohd Saman, Tandop dan Sekolah Tunku Abdul Rahman, Mergong. Seterusnya menerima pendidikan tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sejarah dan Sains Politik. Meneruskan ijazah keduanya di universiti yang sama dalam bidang Sejarah Politik. 

Semasa akhir tahun pengajian penulisan tesis Sarjananya, beliau memperoleh jawatan sebagai Pegawai Penerangan di Kementerian Penerangan Malaysia tetapi beberapa tahun kemudiannya beliau melepaskan jawatannya itu kerana ditawarkan biasiswa USM bagi melanjutkan pendidikan di peringkat Doktor Falsafah di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah Pemikiran. 

Sekarang beliau berkhidmat di USM sebagai Pensyarah Kanan Universiti dalam bidang Sejarah. Bidang yang diminatinya ialah Sejarah Sosiopolitik Malaysia, Sejarah Politik Indonesia Moden, Sejarah Biografi Politik, Sejarah Perbandingan, serta Sejarah Pemikiran Islam

Beliau turut membuat penyelidikan berkaitan sejarah perubatan homeopati, pemikiran Tun Mahathir serta perjuangan dan fasiliti terhadap OKU. Beliau banyak menulis artikel dan kertas kerja dalam seminar dan persidangan kebangsaan mahupun antarabangsa. 

Buku pertamanya bertajuk, Guru Melayu dan Politik Di Kedah, 1940-1960 (2012), buku keduanya, Dr. Burhanuddin al-Helmi Pejuang dan Pemikiran (2013) dan yang ketiga, Pemikiran Politik Islam: Perbandingan antara Pemikiran Burhanuddin al-Helmi dengan Muhammad Natsir (2015) terbitan DBP. 

Antara persatuan yang aktif ialah Persatuan Alumni USM, Alumni UM, Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Sejarah Lisan Malaysia, IKRAM Malaysia, ASASI Kedah, KLUSTER OKU dan kebajikan OKU

Pada Januari 2015, beliau menerima darjah kebesaran daripada Sultan Kedah iaitu Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM).




 BACK
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!