Mohd Zulkarnain M. Tajulariffin 


Mohd Zulkarnain dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2001. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pentadbiran Awam (MPA) pada tahun 2013. Memulakan karier sebagai Pembangunan Sistem (Programmer) di sektor swasta di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Seterusnya beliau menceburi bidang akademik sebagai pensyarah dalam bidang animasi dan grafik di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2004, mendapat tawaran untuk jawatan Penolong Pendaftar di Universiti Sains Malaysia. 

Karier beliau di USM bermula di Pejabat Perhubungan Alumni dan telah dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Alumni pada ketika itu. Kemudiannya bertukar ke Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan mengendalikan Unit Kemasukan dan Unit Data dan Rekod. Pada tahun 2010, telah diberikan kepercayaan untuk mengetuai Pejabat Antarabangsa dan seterusnya mengembangkan karier di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan sebelum bercuti untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana. Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pendaftar Kanan di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (sebelum ini dikenali sebagai Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni). 

Selain tugas hakiki, Zulkarnain turut melibatkan diri sebagai tenaga penggerak dan fasilitator dalam aktiviti latihan dan kursus-kursus staf. Dilantik untuk menjadi Felo Keusahawan, Ahli Jawatankuasa Kerja Yayasan USM, melibatkan diri dalam jawatankuasa Branding and Positioning,terlibat secara langsung dalam aktiviti pemasaran khususnya program akademik, dalam beberapa jaringan antarabangsa, menjadi ahli jawatankuasa dalam beberapa kumpulan think-tank termasuk pembinaan modul Pimpin, Pimpin Siswa Lestari, Keusahawanan dan juga menjadi salah seorang Strategy Young Thinker untuk kluster Sumber Manusia. Disamping itu, beliau turut membentangkan kertas kerja berkaitan jaringan universiti dan pengantarabangsaan universiti di 1st Gigaku Conference di Nagaoka University of Technology, Japan. Zulkarnain juga melibatkan diri sebagai sidang editor dalam beberapa penerbitan universiti.



Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!