19 Januari 2011: Pada 22 Januari 2011, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (AUSM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15, bertempat di Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis akan bermula pada jam 10 pagi. Sempena majlis tersebut, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan Persatuan Alumni USM. Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua alumni untuk bersama-sama menyumbangkan idea bagi memantapkan persatuan.

Pada mesyuarat kali ini, barisan kabinet tertinggi persatuan juga akan dirombak dan dilantik semula untuk tempoh dua tahun akan datang iaitu bagi sesi 2011/2013. Kepada alumni yang berminat untuk memberikan cadangan calon-calon yang dapat memberikan sumbangan untuk kemajuan AUSM, sila hadirkan diri dan tampil dengan calon anda.

Pihak persatuan sangat berbesar hati menerima sebarang cadangan dan usul daripada semua alumni USM. Semoga dengan kesudian alumni melibatkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 ini dapat membawa perubahan yang positif kepada Persatuan Alumni USM.
Semoga barisan kabinet yang bakal dilantik pada mesyuarat kali ini juga dapat membawa satu perubahan positif sekaligus dapat mentransformasikan persatuan menjadi sebuah organisasi yang lebih mantap dan kukuh selari dengan matlamat universiti APEX.

Kepada alumni yang berminat untuk hadir, sila maklumkan kehadiran anda kepada Sekretariat Alumni USM di talian 04-653 2166/04-656 9370 atau emel persatuan di persatuan.alumni@gmail.com atau hadir sendiri ke pejabat sekretariat.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!