19 Januari 2011 : NESTLE telah menawarkan peluang kerjaya dalam pelbagai jawatan dan menjemput alumni USM yang berminat untuk merebut peluang memohon jawatan yang berkaitan. Antara jawatan yang ditawarkan ialah First Line Manager Designate, Mechanical & Electrical Engineers, Planning Executives,Packaging Technologists, Product Technologists, Industrial Performance Executives, Safety Officer dan Quality Assurance Executives. Iklan jawatan ini dibuka sehingga 31 Januari 2011.

Untuk makluman, jawatan-jawatan yang ditawarkan ini akan ditempatkan di kilang Nestle yang terletak di Shah Alam, Petaling Jaya, Chembong dan Kuching. Alumni yang berminat dan berada di kawasan berhampiran digalakkan untuk memohon jawatan-jawatan tersebut. Untuk makluman yang lebih lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan, sila muat turun borang iklan di sini. Sekiranya berminat, sila layariwww.jobstreet.com/my/nestle untuk membuat permohonan secara online. Rebut peluang ini dengan kadar yang segera sebelum tamat tempoh iklan.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!