Pulau Pinang, 22 Ogos 2013 : Program Balikampus merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di dalam dan luar negara dalam suasana santai dan persahabatan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengajak alumni kembali semula ke kampus mengenang semula nostalgia sepanjang bergelar graduan di USM.


Program Balikampus ini telah bermula sebagai program dan kemudian dijenamakan sebagai Balikampus sejak 2007 dan diadakan pada setiap tahun ganjil. Ianya telah berjaya dilaksanakan melalui inisiatif dan usaha Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni (PPPA). Balikampus telah menjadi satu dari flagship PPPA dan telah berjaya mengumpul sekitar 300 alumni pada setiap perhimpunan.



Pada tahun 2013, Persatuan Alumni USM (PAUSM) telah mengambil inisiatif untuk meneruskan program Balikampus ini dengan kerjasama PPPA. Cadangan bagi program Balikampus tahun ini adalah bertemakan "Greener USM"


Kumpulan petugas program Balikampus 2013 telah mengadakan perbincangan sebanyak dua kali iaitu pada 19 Ogos 2013 dan 21 Ogos 2013. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah penubuhan Ketua Jawatankuasa Projek bagi menjayakan program ini yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAUSM. Jawatankuasa yang telah ditubuhkan ialah :
  1. Penajaan dan Kewangan
  2. Publisiti, Jemputan dan Iklan
  3. Penerbitan
  4. Riadah
  5. Makan
  6. Keselamatan dan Tempat Letak Kereta
  7. Pertunjukan dan Pameran
  8. Jawatankuasa Khas

Program ini akan diadakan pada 21 Disember 2013 bertempat di kampus induk Universiti Sains Malaysia. Para alumni dijemput hadir untuk memeriahkan program ini serta dapat menghimpunkan lebih ramai alumni dalam suasana kekitaan. Sebarang perkembangan berkenaan program ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa.


Teks : Noor Shahada Mohd Fauzi / Nurul Hidayah Termiji
Foto : Nur Haszilawati Hassan 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!