Pulau Pinang, 12 Ogos 2013 : Seminar Explore The Unknown Potential (EXP) merupakan program pertama Persatuan Alumni USM (PAUSM) bagi tahun 2013. Dikendalikan oleh ahli jawatankuasa PAUSM, Encik Mohd Khairul Anwar Habib Rahman bersama sekretariat yang diwujudkan oleh beliau yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia seramai 17 orang.


Seminar ini merupakan satu program perkongsian ilmu bersama pelajar tingkatan 4,5 dan 6. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.










Program ini telah diadakan pada 18 Jun 2013 yang lalu dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang di Dewan Sri Pinang. Berdasarkan laporan yang diberikan oleh Encik Mohd Khairul Anwar, seminar ini telah dihadiri oleh seramai 350 orang peserta dan mendapat maklum balas yang positif dari semua peserta program. Seminar ini telah berjaya membawa nama PAUSM.


Teks : Noor Shahada Mohd Fauzi
Foto : Encik Mohd Khairul Anwar Habib Rahman

Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!