1 Julai 2011 : Seminar 'AA Instrument Validation' merupakan inisiatif dari Puan Tan Suan Gaik, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Alumni USM sesi 2011-2013 untuk membantu menjana pendapatan PAUSM. Seminar ini merupakan kerjasama dari Perkin Elmer dan IKM Pulau Pinang. Berlangsung pada 29 Jun 2011 bertempat di USains Holdings, USM dan telah berjaya mengumpul seramai 26 orang peserta.

Peserta-peserta adalah terdiri daripada mereka yang bekerja dalam bidang Kimia. Seminar 'AA Instrument Validation' ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai ISO 17025 method validation dalam penggunaan peralatan 'Atomic Absorption' (AA Instrument).


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!