28 September 2011 : Majlis Makan Malam 'Come Together' telah diadakan pada 24 September 2011 bertempat di Hotel Equatorial Pulau Pinang. Majlis ini merupakan anjuran bersama Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni (PPPA), USM dan Persatuan ALumni USM (PAUSM). Tujuan utama majlis ini dianjurkan adalah sempena Pelancaran Yayasan Alumni USM (YAUSM) dan sambutan Ulang Tahun Tabula Rasa ke-40.

Penubuhan Yayasan Alumni USM ini adalah bagi mengumpul dan menyediakan dana untuk pembangunan pendidikan, saintifik, serta kemudahan bantuan dari segi kewangan. Manakala sambutan Ulang Tahun Tabula Rasa ke-40 pula diadakan bagi meraikan kegemilangan penubuhan kumpulan muzik Tabula Rasa yang diterajui oleh Encik Hamdan Omar. Tabula Rasa merupakan kumpulan muzik dari USM yang paling lama di universiti dan masih aktif sehingga kini.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!