17 Disember 2012 : Persatuan Alumni USM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Profesor Dr. Asma Ismail, mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia di atas perlantikan sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baru menggantikan Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 November 2012 yang lalu. Perlantikan beliau ini telah berkuatkuasa bermula 1 Disember 2012 hingga 30 November 2015.

Tahniah dan selamat maju jaya. Semoga tanggungjawab dan amanah baru yang dipikul kini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Persatuan Alumni USM sangat berbesar hati dan bangga dengan pencapaian yang telah diperolehi oleh Y.Bhg. Profesor Dr. Asma Ismail.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!