4 April 2012 : Persatuan Alumni USM dengan kerjasama Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni USM (PPPA) telah membuat pelaburan untuk membangunkan satu platform komuniti khas bagi semua alumni USM berkomunikasi secara atas talian dengan lebih efektif yang dijenamakan sebagai "The AUSM Alumni Gateway". Pembangunan Portal ini telah dibangunkan oleh syarikat PeopleSpace Sdn Bhd.

Portal ini kini dalam peringkatan Beta Test dan semua alumni adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan diri sebagai pengguna. Bersempena dengan itu, satu peraduan telah dilancarkan untuk menggalakkan alumni yang telah mendaftarkan diri mempromosikan laman portal ini kepada rakan-rakan alumni yang lain.


Peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM250 (*mengikut terma dan syarat) akan dibuka sehingga 30 April 2012. Rebut peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan dengan membina jaringan sahabat terbanyak di Laman Portal "AUSM Alumni Gateway".

Laman Portal ini boleh diakses di www.ausm.my. Jangan lepaskan peluang!


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!