Dato' Mohammad Farid Ariffin

Dato' Mohammad Farid Ariffin dilahirkan pada 21 Oktober 1942 di Kuala Nerang, Kedah.

Mendapat pendidikan awal di Alor Setar, Baling dan Kulim. Memiliki Diploma dalam pendidikan di Institut Bahasa Kuala Lumpur pada tahun 1963. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan pada tahun 1973 di Universiti Sains Malaysia.

Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Lincoln's Inn, London dalam bidang Ijazah Undang-undang dan kembali ke Malaysia untuk memulakan kerjaya sebagai peguam melalui firmanya sendiri iaitu Farid Ariffin & Associates.

Beliau juga bergiat aktif dalam politik dan pernah menjawat Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Kesihatan sekitar tahun 1987-1995.

Kini beliau merupakan Pengerusi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan Pemegang Amanah Institut Jantung Negara (IJN).

Dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni dalam Majlis Sireh Pulang Ke Gagang pada tahun 2000.



Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!