Tan Sri  Dato' Mustafa Mansor


Tan Sri Dato' Mustafa Mansor dilahirkan di Padang Gajah, Taiping, perak pada 29 Jun 1941.

Mendapat pendidikan awal di Clifford School Kuala Kangsar dan seterusnya di St. Micheal's Institution Ipoh sehingga tahun 1959.

Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran secara persendirian ke Institut Bahasa Kuala Lumpur dari tahun 1962 sehingga 1963 dan memperolehi Cambridge Higher School Certificate pada tahun 1972.

Memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Johor dan Perak dari tahun 1964 hingga 1973. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 dan menamatkan pengajian pada tahun 1976 dalam bidang Sains Kemasyarakatan pengkhususan dalam Sains Politik.

Kemudian beliau berkhidmat sebagai Pegawai Personel di Dunlop Industries Berhad. Beliau juga merupakan Presiden Persekutuan Malaysia (FMM) dan seorang ahli korporat yang berjaya.

Kini, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Soltronic Sdn. Bhd.

Dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni dalam Majlis Sireh Pulang ke Gagang pada tahun 2002.


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!