Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan Universiti Sains Malaysia. Dengan sukacitanya memaklumkan upacara konvokesyen akan diadakan pada 19-22 September 2013 di Dewan Tuanku Syed Putra, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia yang melibatkan tujuh sidang. Selain itu, marilah beramai- ramai ke kaunter kami di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) bertarikh 14-16 September 2013 dan gerai kami di Pasar Pelajar (Lot G) pada 18 - 22 September 2013. 



Marilah beramai-ramai mengunjungi gerai kami bagi memeriahkan lagi upacara konvokesyen ke-48 ini dengan pelbagai cenderahati yang menarik. Sebarang perkembangan akan dihebahkan dari semasa ke semasa.


Teks/Foto : Nurul Hidayah Termiji
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!