Pulau Pinang, 03 Januari 2014 : Program Balikampus 2013 " Greener USM " merupakan program anjuran bersama Persatuan Alumni USM ( PAUSM ) dan Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni (PPPA). Program Balikampus merupakan satu program yang diadakan bertujuan untuk menghimpunkan para alumni Universiti Sains Malaysia (USM) yang berada di dalam dan luar negara dalam suasana santai dan persahabatan. 

Program ini telah diadakan pada 21 Disember 2013 yang lalu dari jam 8.00 pagi sehingga 11 malam.
Program ini dimulakan 8.00 pagi dengan aktiviti bersarapan bersama Naib Canselor di Anjung Jannatun iaitu di kediaman Naib Canselor. Selepas itu, para alumni telah bergerak ke Foyer Dewan Budaya serta Balai Pesiban,Pusat Pengajian Seni untuk pemeriksaan kesihatan dan gigi serta pertunjukkan pameran seni.




Pada sebelah tengahari pula, para alumni dijamu dengan makan tengahari dan diserikan dengan irama lagu serta ucapan video daripada presiden PAUSM iaitu Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus.


Selepas para alumni  menjamu selera, lebih kurang jam 1.30 tengahari alumni diberi peluang untuk melakukan aktiviti bebas dengan menaiki eco van untuk bersiar-siar di sekitar kampus induk Universiti Sains Malaysia. Aktiviti ini diteruskan dengan lawatan ke Pusat NADI yang menawarkan maklumat dan penerbitan berhubung dengan penyelidikan, inovasi, hal ehwal pelajar dan akademik, Pusat NADI juga merakamkan perjalanan, serta kemajuan yang dicapai oleh USM sebagai universiti APEX. 



Pada jam 3.00 petang pula, program Balikampus 2013 telah diteruskan lagi dengan aktiviti MEMOrace yang dianggotai oleh 4 kumpulan alumni yang sangat sporting. Bermacam-macam perkara yang perlu dilakukan oleh para alumni ini seperti mencari maklumat di Pusat NADI,membuat teh tarik dan lain-lain sehingga sampai kemuncak kemenangan.





Bagi majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan nyanyian karaoke alumni, persembahan Andy and The Bandits (Dewan Budaya) serta diselang-selikan dengan pemberian cabutan bertuah.







Teks : Nurul Hidayah Termiji
Foto : AJK Balikampus 2013




Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!