PULAU PINANG – Persatuan Alumni USM (PAUSM) merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan alumni USM, Aloyah Mamat, 57, sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baru mulai 5 Februari 2014, menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tarikh yang sama. 
Aloyah sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen.

Anak kelahiran Melaka ini juga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan USM pada tahun 1982. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1989 di Kementerian Luar Negeri. 



Teks: Nurul Hidayah Termiji
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!