Pulau Pinang, 10 Februari 2014 :Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18, pada 22 Mac 2014, bertempat di Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis akan bermula pada jam 9 pagi. Sempena majlis tersebut, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan Persatuan Alumni USM. Diharapkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua alumni untuk bersama-sama menyumbangkan idea bagi memantapkan persatuan.

Pihak persatuan sangat berbesar hati menerima sebarang cadangan dan usul daripada semua alumni USM. Semoga dengan kesudian alumni melibatkan diri dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-18 ini dapat membawa perubahan yang positif kepada Persatuan Alumni USM sekaligus dapat mentransformasikan persatuan menjadi sebuah organisasi yang lebih mantap dan kukuh selari dengan matlamat universiti APEX Fasa 2.

Kepada alumni yang berminat untuk hadir, sila maklumkan kehadiran anda kepada Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 04-653 2166/04-656 9370 atau emel persatuan di persatuan.alumni@gmail.com atau hadir sendiri ke pejabat sekretariat.



Teks / Foto : Nurul Hidayah Termiji
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!