Pulau Pinang, 25 Februari 2014 : Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18, pada 22 Mac 2014, bertempat di Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis akan bermula pada jam 9 pagi. Sempena majlis tersebut, pihak persatuan ingin mengalu-alukan kedatangan semua alumni USM sama ada yang telah berdaftar atau tidak dengan Persatuan Alumni USM.
Bagi pendaftaran 30 terawal akan memenangi hadiah istimewa.

Kepada alumni yang berminat untuk hadir, sila maklumkan kehadiran anda kepada Sekretariat Persatuan Alumni USM di talian 04-653 2166/04-656 9370 atau emel persatuan di persatuan.alumni@gmail.com atau hadir sendiri ke pejabat sekretariat.



Teks  : Nurul Hidayah Termiji 
Foto : Mahirah Ramli

Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!