Pulau Pinang, 28 April 2014 : Pada 26 April 2014 yang lepas, Upacara Konvokesyen USM Ke-49 telah diadakan dan melibatkan graduan ijazah pertama dan ijazah tinggi yang menerima ijazah masing-masing dari Canselor dan Pro-Pro Canselor USM dalam dua sidang. ini 

Sempena Upacara Konvokesyen USM Ke-49 ini, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia [PAUSM] telah mengambil peluang membuka kaunter bagi berkomunikasi secara langsung dengan graduan alumni USM. Ia juga merupakan satu usaha untuk memperkenalkan PAUSM kepada graduan Alumni di samping mencari peluang untuk memaksimumkan bilangan Alumni yang berdaftar. 

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti PAUSM sepanjang upacara Konvokesyen USM ke-49 baru-baru ini. 










PAUSM mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada semua graduan Alumni Universiti Sains Malaysia.  "Maju Bersama Alumni"


Teks : Nur Haszilawati Hassan
Foto : Nurul Hidayah Termiji






Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!