Pulau Pinang ,31 Mac 2014 : Pada 22 Mac 2014 yang lalu, Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (PAUSM) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-18, bertempat di Anjung Budi, Universiti Sains Malaysia (USM). Majlis yang bermula pada jam 9 pagi dengan dimulakan dengan pendaftaran alumni-alumni yang hadir serta sarapan pagi. Mesyuarat  dipengerusikan oleh Presiden PAUSM, Tuan Haji Mohamed Talhah Idrus dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung ke-17 (2012).Seterusnya Dr. Shahrom selaku Setiausaha Agung PAUSM telah membentangkan laporan aktiviti tahunan 2013. Laporan Kewangan 2013 pula dibentangkan oleh Tuan Haji Abdul Rashid Ibrahim ekoran ketiadaan bendahari di dalam Malaysia pada mesyuarat kali ini. Walau bagaimana pun, bendahari PAUSM iaitu Dr. Daisy Kee Mui Hung telah turut bersama mesyuarat kali ini secara maya (skype).

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Presiden PAUSM dan terus menjemput semua alumni ke jamuan makan tengahari yang telah disediakan. Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua alumni yang hadir memberikan sokongan bagi melancarkan perjalanan mesyuarat tersebut. PAUSM dengan besar hati telah menghadiahkan cenderahati istimewa kepada alumni yang hadir.











Teks : Nurul Hidayah Termiji


Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!