Khemah jualan yang dikunjungi oleh para pelajar.
2 September 2010 : Bermula 23 Ogos sehingga 3 September yang lalu, Persatuan Alumni USM telah mengadakan Bazar Aidilfitri sempena menyambut kedatangan Aidilfitri. Bazar Aidilfitri ini dibuka sepanjang tarikh tersebut di Dataran Bintang bersebelahan Dewan Budaya USM. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di Bazar Aidilfitri tersebut antaranya seperti pakaian, tudung dan kuih raya.
Menurut Encik Shamsuddin, AJK Persatuan Alumni USM yang bertanggungjawab mengelolakan Bazar Aidilfitri tersebut, sambutan yang diberikan oleh para pelajar agak menggalakkan. Ramai pelajar datang untuk mendapatkan barangan yang mereka berminat.
Bazar Aidilfitri ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan oleh Persatuan Alumni USM. Memulakan operasi jualan pada tahun 2008 dan akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang. Diharapkan aktiviti ini akan terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar kerana aktiviti ini adalah salah satu usaha pihak persatuan untuk mengumpul dana.
Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi