Dari kiri: Encik Abdul Rashid(Bendahari AUSM), Encik Shaifubahrim(Presiden AUSM) dan Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak(Naib Canselor USM)  


13 Sept 2010 : Sempena bulan Ramadhan yang lalu, Persatuan Alumni USM telah mengadakan Jamuan Berbuka Puasa di Anjung Budi pada 3 September 2010 bersamaan hari Jumaat. Jamuan ini dibuat bertujuan untuk mengumpul alumni-alumni sekaligus mengeratkan silaturrahim di antara alumni-alumni.

Pihak Persatuan Alumni USM sangat berbesar hati kerana majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd Razak bersama isteri tercinta.

Sambutan yang diberikan oleh alumni-alumni juga sangat menggalakkan. Pihak Persatuan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua alumni yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa ini. Diharapkan untuk majlis-majlis yang bakal diadakan oleh pihak persatuan akan terus mendapat sokongan daripada semua alumni.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!