2 Oktober 2010 : Masih dalam suasana Hari Raya Aidilfitri, Persatuan Alumni USM Negeri Terengganu telah mengambil peluang untuk mengadakan satu Jamuan Hari Raya untuk alumni-alumni USM yang berada di negeri Terengganu. Majlis diadakan di Restoran Paradise, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Majlis juga dilaporkan sangat berjaya apabila seramai lebih kurang 100 orang alumni telah berkumpul dalam majlis ini. Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Presiden Persatuan Alumni USM, Encik Shaifubahrim Saleh.

Menurut Cik Aida, Setiausaha Persatuan Alumni USM Negeri Terengganu, jamuan ini telah berjaya mengumpulkan bekas mahasiswa mahasiswi USM yang lama dan baru. Majlis telah diserikan dengan sesi dialog yang mana pelbagai maklumat dan idea dapat dikongsi bersama.

Sekretariat Persatuan Alumni USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka kerana telah berjaya mengaturkan satu majlis yang boleh dibanggakan. Diharapkan pada masa yang akan datang Persatuan Alumni USM Negeri Terengganu dapat mengadakan lagi program-program yang menarik untuk manfaat alumni bersama.


Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi

 
Add us on Facebook Join us at Yahoo! Groups Be a member of our Portal Gateway Follow us on Twitter!