1 Oktober 2010: Persatuan Alumni USM mengucapkan takziah kepada dua orang AJK Tertinggi Persatuan Alumni USM yang telah kehilangan insan tersayang. Prof. Madya Saad Othman telah kehilangan bapa tercinta pada Ramadhan yang lalu manakala Puan Fardzah Sulaiman pula kehilangan ibu mertua dikasihi pada 30 September 2010 (Khamis).
Persatuan Alumni USM turut bersimpati dengan kehilangan yang dialami oleh Prof. Madya Saad dan Puan Fardzah. Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanya. Semoga roh keduanya ditempatkan di kalangan yang diredhai Allah. Al-Fatihah.
Oleh : Noor Shahada Mohd Fauzi